NADI Care-Podcast Studio Sihat- Obsesi Kurus & Takut Gemuk:Apa Kata Psikologi?
26 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 25 Jun 2026, bermula pukul 10.30 pagi, seorang ahli NADI Pekan Machan telah mengikuti NADI Care Podcast Studio Sihat iaitu bertajuk Obsesi Kurus & Takut Gemuk : Apa kata Psikologi?
Dalam episod Studio Sihat kali ini, kita bincangkan topik yang sering dianggap remeh tetapi sebenarnya boleh memberi kesan besar kepada emosi, keyakinan diri dan kehidupan harian iaitu Eating Disorder, isu imej tubuh dan Body Dysmorphic Disorder. Perbincangan ini membantu kita faham bahawa masalah berkaitan tubuh dan makanan bukan sekadar tentang “nak cantik” atau “terlalu memilih kawan”. Ia boleh melibatkan tekanan psikologi, anxiety, rasa malu, rendah harga diri, trauma, perfectionism, pengalaman body shaming serta pengaruh media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang kelas tersebut dijalankan: